Wednesday 14 December 2011

Ini Kisah Kami...Batch of 95

Assalamuaikum.

Post hari ini mungkin lebih bersifat santai... Segala bahasa yang digunakan mungkin tidak formal.. :)

Alhamdulillah. Hari ini dapat sekali lagi saya menulis di entri ini... Pada hari ini... sekali lagi saya ingin memperkenalkan tentang blog ini... Seperti yang anda semua sedia maklum, blog ini dicipta dan diwujudkan khas untuk batch form 5 (2012) SAHUT iaitu SAHUT PERDANA... Blog ini diwujudkan agar kami dapat berkongsi pengalaman kami di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) kepada anda semua..so enjoy it!! :)

07 Februari 2011`
Pagi Isnin

Tarikh yang cukup keramat bagi kami...
Kerana pada tarikh inilah Pelajar tingkatan 4 ambilan pertama mula mendaftarkan diri di SAHUT...
Masing-masing dari tempat yang berbeza..
Daerah yang berbeza..
Negeri yang berbeza...
Ada dari Teganu, Ade dari Kelate, Ada dari Pahang,Ada Dari Johor,Ada dari Selangor..
Tak kira lha dari mane kami datang...kami tetap same...:)
Bermula dari tarikh itu, maka bermula lha kisah kami di SAHUT ini..
Ada kisah yang gembira..
Ada kisah yang sedih...
Namun kami tetap bersame...
Mengharungi detik2 itu...
Macam2 ragam yang kami jumpe di sini...
Macam2 kawan yang kami kenal di sini...
Kami belajar tentang budaya negeri lain...
Kami mula belajar..yang kami ini satu...
Di sini..Kami mula belajar bahawa tak kisahlah kamu dari mana, apakah status keluarga kamu, kamu kaya or miskin, kamu dari negeri manemane pun, kita tetap kawan..:)
Maka, tak perlulah kite bergaduh sesama sendiri kerana kite satu...fahami diri masing-masing, cuba menjadi satu, banggekan batch kita...biarlah kite keluar sekolah nanti, nama batch kite akan sentiasa diingat sampai bile-bile...

Kerana...Kita merupakan satu KEBANGGAAN !!!

You must change yourself before you change the world!!!

INI KISAH KAMI...:)

sekian~

-gengsahut-


No comments:

Post a Comment