Thursday 15 December 2011

HARAPAN SAHUT !

   Pada tahun ni sebuah lagi sekolah berasrama penuh dibuka bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar lain merasai suasana pembelajaran di SBP. SM Sains Hulu Terengganu (SAHUT) merupakan satu-satunya sekolah berasrama penuh di daerah Hulu Terengganu di mana kewujudannya diharap akan menjulang nama daerah ini dari segi akademik, ko-kurikulum malahan sahsiah ke peringkat yang lebih tinggi.. Bagi pihak pengurusan sekolah pula semestinya para  pentadbir menggalas harapan pihak pendidikan negeri dalam menghasilkan sebuah sekolah yang mampu menghasilkan graduan-graduan yang akan memenuhi bidang-bidang pekerjaan suatu masa nanti .

   Sahut akan menghasilkan pelajar-pelajar yang bersahsiah tinggi sesuai dengan penekanan terhadap agama dalam memastikan pendirian dalaman yang kuat dalam diri setiap pelajar. Selain itu, Sahut akan mendorong para pelajarnya dalam bidang ko-kurikulum sekaligus menyahut seruan kerajaan dalam kempen ' 1 Murid 1 Sukan ' yang baru dilancarkan oleh pihak kerajaan. Di samping itu, Sahut akan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik selaras dengan moto sbp iaitu ' Melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia '.

   Dengan itu, pihak pentadbir Sahut berharap agar calon-calon SPM dan PMR 2012 dapat mencetuskan keputusan peperiksaan yang gemilang bagi menaikkan nama sekolah, daerah dan negeri ke peringkat antarabangsa pada suatu masa nanti memandangkan tahun 2012 merupakan tahun pertama bagi calon-calon yang akan menduduki peperiksaan. Pihak sekolah telah memberi sepenuh kepercayaan terhadap calon-calon peperiksaan ini dalam menghasilkan keputusan yang luar biasa pada tahun hadapan.

   Bagi calon-calon PMR dan SPM 2012, pilihan terletak di tangan anda! Pihak sekolah, guru-guru dan yang paling penting ialah ibu bapa anda mengharapkan kejayaan anda! All the best for your examination next year! Good Luck!

1 comment:

  1. Dijemput pasukan bahas Bahasa Melayu sekolah Tuan untuk menghadiri bengkel bahas Bahasa Melayu ala Parlimen pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 bertempat di Bangi, Selangor.

    Maklumat lanjut boleh didapati di blog http://belajardebat.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete