Sunday 4 December 2011

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SAHUT 2011

Assalamualaikum.


Pada 14 November 2011, sekali lagi Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) telah melakar sejarah tersendiri. Pada tarikh tersebut, satu majlis yang dikenali sebagai Majlis Anugerah Cemerlang telah diadakan di Dewan Besar SAHUT. Pada dasarnya, majlis ini diwujudkan bagi menghargai semua pelajar yang telah menunjukkan komitmen di dalam 4 aspek terpenting di SBP iaitu aspek Kokurikulum, Akademik, Sahsiah dan 3K (Keceriaan,Keselamatan,Kebersihan). Majlis ini disambut dengan penuh meriah. Begitu jelas kegembiraan yang terpancar di wajah setiap orang pelajar. Pada majlis ini juga, telah berlangsung Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar (PP) bagi sesi 2012. Diharap para pemimpin pelajar yang dilantik ini dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan lebih cekap. Majlis bermula dengan Ketibaan Tetamu Kehormat, En. Mohd Khalid  b. Mustafa selaku Tibalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Selepas itu majlis diteruskan dengan Ucapan daripada Bonda Pengetua Cemerlang, Pn. Hajah Ramlah bt. Endut. majlis diteruskan dengan ucapan Tetamu Kehormat, En. Khalid bin Mustafa. Beliau menyampaikan  pelbagai tips untuk berjaya di dalam akademik dan sahsiah yang amat berguna kepada pelajar-pelajar. Seterusnya, majlis disambung dengan Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar bagi sesi 2012 yang disempurnakan oleh Bonda pengetua, Hajah Ramlah bt Endut. Selepas tamat watikah perlantikan itu, majlis tiba ke acara kemuncak iaitu Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang SAHUT 2011 yang disempurnakan oleh En Khalid B. Mustafa. Berikut adalah keputusan bagi anugerah tersebut :


Pelajar Terbaik Sahsiah         : Auzaie Aliff b. Abd Latif
Pelajar Terbaik Kokurikulum: Aishah Khaleeda bt Roslee
Pelajar Terbaik Akademik     :
Dorm    Terbaik 3K                 : Hijau 2/1   (Aspura)
                                                    Merah 2/2 (Aspuri)


Pelajar Terbaik Keseluruhan: Farhanazuha bt Mohd
Olahragawan SAHUT             : Muhamad Izzamuddin b. Kamaruzaman
Olahragawati SAHUT             : Nurul Shahirah bt Mohamad



Manakala untuk anugerah cemerlang bg rumah pula:


Rumah Terbaik Akademik     : Tok Janggut (Merah)
Rumah Terbaik Sahsiah         : Tok Belian   ( Hijau)
Rumah Terbaik Kokurikulum: Tok Janggut (Merah)
Rumah Terbaik 3K                  : Tok Belian   ( Hijau)
House Of The Year                : Tok Janggut ( Merah)




Tahniah dan syabas kepada para pemenang, kepada para pelajar lain, diharap dapat menjadikan mereka ini sebagai pembakar semangat untuk berjaya dan merangkul gelaran tersebut pula. Majlis tersebut diakhiri dengan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah, Soutul Wihdah. Diharapkan majlis ini dapat dijadikan acara tahunan dan lebih meriah lagi. Semoga SAHUT terus maju dan berjaya di masa hadapan. Sekian, terima kasih. 


Di sini disertakan beberapa gambar Majlis Anugerah Cemerlang tersebut :




ustaz Joha.


Bonda Pengetua Cemerlang

Pengetua Cemerlang, Hajah Ramlah Bt Endut

KP 20011 DAN KP 2012.

En Khalid b Mustafa

Kr Tok Raja Ri 2011


Pelajar Terbaik Akademik


Pelajar Terbaik Sahsiah


Olahragawan Sahut

Olahragawati Sahut

Rumah Terbaik Akademik

Rumah Terbaik Sahsiah

Terbaik 3K (Aspuri)

Terbaik 3K (Aspura)

Rumah Terbaik Kokurikulum


House of The Year 2011

Kumpulan Nasyid Sekolah (Soutul Wihdah)

Rumah Tok Belian

Rumah Tok Belian

Rumah Tok Indera


Pelajar Tingkatan 4 SAHUT


Terima kasih kepada semua pelajar tingkatan 4 kerana terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Anugerah ini. Tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 kerana turut membantu menjayakan majlis ini. Semoga majlis seperti ini diperbanyakkan lagi di SAHUT tercinta ini.

Disediakan oleh:

Mohd Izzamuddin Kamaruzaman ( Saya Ja)

No comments:

Post a Comment